Harimau Malaya ikat Syria, 2-2

Iklan
Arif Aiman dicabar pemain Syria dalam aksi persahabatan pada Rabu. - Foto: FB FAM

HARIMAU Malaya menampilkan persembahan terpuji apabila mengikat Syria 2-2 dalam aksi persahabatan di Stadium East-Town Football Park, Chengdu pada Rabu.

Syria menampilkan aksi lebih tersusun pada separuh masa pertama manakala skuad negara agak sukar mencari rentak untuk mencipta peluang.

Iklan
Iklan

Namun, cerita di separuh masa kedua berubah sepenuhnya apabila Harimau Malaya lebih mendominasi perlawanan dan mencipta banyak peluang sekali gus menghadirkan gerun buat pasukan di Ranking ke-94 dunia itu.

Syria membuka tirai jaringan menerusi Mardik Mardikian pada minit ke-12 selepas memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti.

Iklan

Tindak balas segera dipamerkan Harimau Malaya dua minit kemudian menerusi Corbin Ong, namun rembatan lemahnya diselamatkan penjaga gol Syria, Ahmad Madanieh.

Faisal Halim hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-27 melalui rembatan derasnya yang terus ke dakapan Ahmad Madanieh.

Iklan

Bagaimanapun, Syria berjaya menambah gol kedua menerusi Yasin Samia selepas menanduk hantaran daripada sepakan penjuru pada minit ke-41.

Separuh masa kedua, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon melakukan beberapa pertukaran termasuk membawa masuk Akhyar Rashid yang menyaksikan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) merapatkan kedudukan pada minit ke-51.

Darren Lok menyamakan kedudukan buat pasukan negara selepas menyempurnakan bola muntah hasil rembatan Safawi Rasid pada minit ke-85.

Selepas ini, skuad negara akan berdepan China dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu pada Sabtu.