KUALA LUMPUR - Terdapat ahli Parlimen yang kontroversi di Dewan Rakyat namun mereka menjalankan tugas dengan secara berkesan, kata kumpulan masyarakat sivil MyMP.
Pengasas MyMP, Lau Chak Onn, keberkesanan tugas itu dilihat dari segi kehadiran ke Parlimen dan penglibatan mereka dalam perbahasan serta membangkitkan usul.
Chak Onn juga menjelaskan, terdapat ahli Parlimen pada penggal ke 14 yang hadir setiap kali persidangan tidak dicalonkan pada PRU15.
"Isu ini yang kami ingin bincangkan, ahli Parlimen yang bagus seharusnya kekal dalam peranan mereka; ahli Parlimen yang bekerja keras harus berada dalam peranan mereka," katanya pada sidang media pada Rabu.
Chak Onn juga memaklumkan, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membuat lebih 500 'riuh' pada sesi Parlimen ke-14 dari Julai 2018 ke Oktober 2022 manakala Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim pula membuat 72 'riuh' pada sesi seterusnya dari Disember 2022 ke Jun 2023.
Katanya, di sebalik cara mereka itu, kedua-dua anggota Parlimen itu menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen secara berkesan.
Chak Onn juga menjelaskan, terdapat ahli Parlimen pada penggal ke 14 yang hadir setiap kali persidangan tidak dicalonkan pada PRU15.
Kiraan itu dibuat berdasarkan penelitian hansard Dewan Rakyat.
Ia dibuat menggunakan bahasa program Python serta carian seperti"Parlimen riuh” and"Parlimen ketawa” di hansard.
Lau menjelaskan, untuk sesi Parlimen ke-15, mereka hanya mengumpulkan sampel data yang lebih kecil tetapi akan mengemas kininya dari masa ke semasa. - Awani