Darren ceria dalam gundah

Iklan
Pemain Harimau Malaya meraikan jaringan ketika berdepan Syria dalam perlawanan persahabatan di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China pada Rabu. FOTO: FAM

PENYERANG skuad bola sepak negara, Darren Lok mengakui sedikit terkilan apabila gagal membantu Harimau Malaya melakar kemenangan ketika berdepan Syria.

Dalam perlawanan persahabatan di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China pada Rabu, jaringan minit ke-85 tonggak Sabah FC itu berjaya mengikat Syria 2-2 selepas Akhyar Rashid merapatkan defisit pada minit ke-51.

Iklan
Iklan

Syria terlebih dulu mendahului 2-0 hasil jaringan Mardik Mardikian pada minit ke-12 sebelum gol Yassin Samia (m-41) memastikan 'Qasioun Eagles kendalian Héctor Cúper memimpin separuh masa pertama, 2-0.

"Cuma saya sedikit terkilan kerana tidak dapat menang perlawanan tadi walaupun mencipta banyak peluang.

Iklan

"Tapi keputusan 2-2 adalah keputusan yang baik untuk kita,” katanya yang menggantikan Paulo Josue pada separuh masa kedua.

Dalam pada itu, Akhyar mengakui gembira selepas menjadi sebahagian daripada watak penting ketika Harimau Malaya melakukan kebangkitan tersebut.

Iklan

"Syukur, Alhamdulillah dapat comeback 2-2 dalam perlawanan ini. Harap kita dapat kekalkan momentum ini untuk perlawanan akan seterusnya

"Pujian juga kepada rakan sepasukan yang menampilkan persembahan terbaik masing-masing sepanjang 90 minit perlawanan.

"Apatah lagi keputusan positif hadir selepas menghadirkan tentangan sengit kepada pasukan yang berada di ranking ke-94 dunia,” kata pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

PERSAHABATAN HARIMAU MALAYA 2023

KEPUTUSAN

Harimau Malaya (136) 2-2 Syria (94)

Akhyar Rashid (m-51), Darren Lok (m-85)

Mardik Mardikian (m-12), Yassin Samia (m-4)

SABTU (9 SEPTEMBER)

Harimau Malaya (136) lwn China (ke-80)

(Stdm Phoenix Hill, Chengdu, jam 7:35 malam)

*Kedudukan ranking dunia dalam kurungan