Penjawat awam ditahan terima rasuah RM45,000

Iklan
SPRM Kelantan pada Khamis menahan seorang penjawat awam yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000.

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pada Khamis menahan seorang penjawat awam yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000.

Sumber memberitahu, wang berkenaan sebagai balasan melantik satu syarikat sebagai pembekal untuk program di bawah sebuah jabatan kerajaan di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Suspek juga dipercayai meniru tandatangan seorang pegawai wanita bagi meluluskan surat pelantikan sebagai pembekal," katanya.

Sumber juga memaklumkan, tandatangan itu bertujuan memperdaya pemilik syarikat untuk membayar wang rasuah yang diminta.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Iklan