SAS 2023: Selangor sasar potensi nilai transaksi RM700 juta

Iklan
Amirudin (berkemaja putih) melawat dan melihat Pameran Penerbangan Selangor 2023 yang diadakan di Skypark Regional Aviation Centre pada Khamis. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

SUBANG - Kerajaan Selangor menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM700 juta melalui penganjuran Pameran Penerbangan Selangor (SAS 2023).

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pameran tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini turut melibatkan penyertaan negara luar antaranya Amerika Syarikat, Perancis, Denmark, Singapura, Australia dan Hong Kong.

Iklan
Iklan

"Saya gembira Pameran Penerbangan Selangor (SAS 2023) kali ketiga menyaksikan hampir 50 pameran pesawat statik, peserta pameran dari enam negara dan dengan jangkaan lebih 20,000 pengunjung.

"SAS tahun lepas juga mencatatkan transaksi berpotensi bernilai sehingga RM1.069 bilion. Saya melihat ini bukan sekadar statistik tetapi bukti kerja keras dan dedikasi rakyat, visi kerajaan dan sokongan rakan kongsi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikan pada Majlis Pelancaran SAS 2023 di Skypark Aviation Centre (RAC), Taman Industri Subang, Bukit Jelutong di sini pada Khamis

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong dan Exco Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han.

Iklan

Menteri Besar bagaimanapun mengakui SAS 2023 masih lagi berada jauh di belakang berbanding Paris Air Show di Le Bourget dan Farnborough Air Show Hampshire di United Kingdom atau Dubai Air Show.

"Walau bagaimanapun, ini adalah tanda aras yang saya benar-benar percaya bahawa kita bukan sahaja boleh bertemu tetapi melampaui masa depan yang tidak terlalu jauh.

Amirudin (tengah) melawat dan melihat Pameran Penerbangan Selangor 2023 yang diadakan di Skypark Regional Aviation Centre pada Khamis. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

"Saya tidak boleh melakukannya sendiri. Pasukan saya di Invest Selangor tidak boleh melakukannya sendiri. Kerajaan tidak boleh berjaya dengan sendirinya.

"Tetapi bersama-sama, saya yakin kita dapat menjadikan Selangor dan Selangor Aviation Show Asia Tenggara dan pertunjukan penerbangan nombor satu di Asia dalam kualiti pengunjung yang kita tarik pada tahun 2030," katanya.

Beliau juga percaya dengan bekerjasama, setiap cabaran boleh dihadapi untuk merealisasikan tema SAS tahun ini, menjadikan 'Selangor Truly ASEAN' sebagai hab perniagaan dan penerbangan am.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut menyaksikan sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) berkait pembangunan Taman Aero Selangor (SAP) antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan enam penggiat industri aeroangkasa iaitu SIMAero, Sir Ventures, Dviation Group, Bibus Metals, Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) dan Subang MRO.

Pameran ini mula dianjurkan sejak 2021 dan SAS menjadi landasan kerajaan negeri menggalak pertumbuhan sektor aeroangkasa dan membantu syarikat tempatan serta usahawan kecil dan sederhana meneroka bidang itu.

"SAS akan datang akan diadakan dengan skala lebih besar dan berkemungkinan akan dipindahkan dari Subang ke Sepang bagi edisi seterusnya dan pasaran kita pada 2025 dengan sasaran penyertaan lebih ramai," tambah Menteri Besar.