SEBERANG JAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 116 notis saman menerusi Ops Khas Motosikal (Ops Merah) yang berlangsung selama dua hari berakhir pada Rabu.
Dalam operasi yang dijalankan pada Selasa di lokasi lampu isyarat Jalan Telok Air Tawar, Butterworth, sebanyak 57 notis saman telah dikeluarkan terhadap penunggang motosikal yang gagal mematuhi isyarat berhenti ketika lampu merah.