Beras Ehsan 5kg keluaran PKPS dijual RM10

Iklan
Tangkap layar hantaran Friends of Selangor menerusi aplikasi X pada Khamis.

SHAH ALAM - Rakyat Selangor boleh mendapatkan beras cap Ehsan lima kilogram (kg) keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada harga RM10 sejak diperkenalkan pada tahun lalu.

Friends of Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, masih ramai lagi rakyat belum mengetahui inisiatif berkenaan.

Iklan
Iklan

"Beras (Super) Import Special mahal? Kita di Selangor ada beras RM10 untuk 5kg," katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis.

Friends of Selangor memberitahu, orang ramai hanya perlu memaklumkan lokasi untuk mengetahui tempat jualan terdekat.

Iklan

"Anda duduk di mana? Nyatakan lokasi anda, kami maklumkan lokasi terdekat untuk dapatkannya," jelas kenyataan itu yang sering berkongsi info dan inisiatif dilaksanakan kerajaan Selangor.

Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut dan maklum balas daripada PKPS mengenai inisiatif jualan beras berkenaan.

Iklan

Sebelum ini, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) melaporkan harga beras putih import meningkat 36 peratus iaitu daripada RM2,350 kepada RM3,200 satu tan metrik berkuat kuasa pada 1 September lalu.

Menurut Bernas, pelarasan itu adalah selari dengan harga global semasa bagi ruji makanan.