Kerajaan hadkan pembelian beras tempatan 100kg bagi individu

Iklan
Mohamad (dua dari kanan) dan Azman (tiga dari kanan) ketika sidang akhbar selepas Sesi Dialog Belanjawan 2024 di MARDI pada Khamis.

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan had pembelian maksimum 100kg beras putih tempatan (BPT) bagi setiap individu berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berkata, langkah itu dibuat bagi menstabilkan bekalan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita dapati ada peniaga membeli beras putih dalam satu masa (sehingga) 500 hingga 700kg.

"(Jadi) sebab itu kita buat sekatan (hadkan) bermula hari ini dengan benarkan (beli) 10 beg beras (100kg) sahaja," katanya ketika sidang akhbar selepas Sesi Dialog Belanjawan 2024 Sub Sektor Padi dan Beras Negara di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini pada Khamis.

Iklan

Sementara itu, ditanya tempoh ditetapkan bagi had tersebut, Azman menjelaskan, ia akan dibuat sehingga bekalan kembali stabil.

"(Kita akan laksana) sampai bila-bila sehingga keadaan kembali reda," katanya.

Iklan

Sementara itu, Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu nenegaskan, harga beras putih tempatan masih terkawal dan mencukupi meskipun negara ketika ini berdepan kenaikan harga beras putih import.

Jelasnya, harga bagi beras putih tempatan masih kekal RM26 sekampit atau RM2.60 sekilogram (kg).

"Insya-ALLAH beras tempatan terkawal dan mencukupi," katanya.