PRK Sandakan: Isyarat rakyat mahu hak Sabah dikembalikan

Iklan
Guan Eng menikmati hidangan berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Jamek Kubang Buaya petang tadi.

BUTTERWORTH - Kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan semalam menunjukkan isyarat rakyat negeri itu mahukan hak sama rata Sabah dan Sarawak dengan semenanjung dikembalikan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berusaha melakukan pindaan perlembagaan pada persidangan Dewan Rakyat sebelum ini namun usaha itu telah digagalkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemenangan calon DAP, Vivian Wong dengan majoriti yang banyak memberi petanda rakyat Sabah mahukan negeri itu dipulihkan semula dan kembali kepada Perlembagaan 1963 dengan lebih bermaruah untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

"Ini satu tanda bahawa sokongan rakyat ke atas PH mula bangkit semula bukan hanya untuk PH tetapi yang penting sekali untuk Warisan yang mana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sendiri turun padang untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

Iklan

"Tentunya kita akan pastikan bahawa komitmen untuk jalankan pembangunan berjiwa rakyat, pembangunan mementingkan rakyat akan melihatkan perubahan yang ketara untuk Sandakan dan juga Sabah," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan Ihya Ramadan bagi Parlimen Bagan di Masjid Jamek Kubang Buaya sini petang tadi.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kali ini pembangunan yang akan dilakukan di Sabah tidak lagi hanya untuk kroni sahaja seperti yang diamalkan oleh BN tetapi apa yang akan dilakukan perlaksanaan hanya untuk rakyat, bagi rakyat dan demi rakyat.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Shafie kerana telah sedaya upaya berusaha berkempen bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada PH sekali gus membenam pengaruh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di negeri ini yang turut turun berkempen pada PRK Sandakan lalu.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana dia betul-betul berusaha untuk berkempen dan menunjukkan dia lebih berpengaruh daripada 'Malu Apa Bossku' yang telah berkempen juga di Sabah tetapi ditolak sama sekali oleh rakyat Sabah termasuk pengundi Melayu dan Muslim.

"Ini pencapaian yang mengejutkan walaupun peratusan keluar mengundi turun 18 peratus namun kita masih lagi boleh mencapai peratusan majoriti yang lebih besar," katanya.