Suami isteri rentung kereta bertembung lori

Iklan
Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori dalam kejadian di Jalan Kuala Garing, Rawang pada Khamis. - Foto JBPM Selangor

RAWANG - Dua warga tempatan yang maut rentung selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang, di sini pada Khamis, disahkan ialah pasangan suami isteri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan kemalangan itu diterima pihaknya pada jam 4.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa lelaki berumur 26 tahun memandu kereta jenis Honda City bersama isterinya berumur 23 tahun dari arah Bandar Country Homes menghala ke arah Rawang.

"Semasa melalui tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh lori yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan yang datang dari arah Rawang menghala ke Bandar Country Homes.

Iklan
Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori dalam kejadian di Jalan Kuala Garing, Rawang pada Khamis. - Foto JBPM Selangor

"Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua kenderaan telah terbakar dan pasangan suami isteri itu tidak dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 25 tahun itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Katanya, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.