Gelombang global peralihan Kenderaan Elektrik (EV) bakal menyaksikan pasaran dan industri EV di Malaysia berkembang dengan sangat pesat dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun yang akan datang.
Berdasarkan perangkaan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang dikeluarkan pada bulan Januari lalu, unjuran bagi jualan EV jauh lebih tinggi pada tahun 2023 berbanding 2,631 unit yang terjual pada tahun 2022.
Peningkatan permintaan domestik bagi EV dijangka akan didorong oleh pengenalan lebih banyak model EV di pasaran, di samping insentif pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan yang meliputi cukai import, cukai eksais, dan juga jualan penuh bagi EV yang dipasang secara tempatan sehingga 31 Disember 2027.
Malah, pengecualian import dan eksais penuh turut dilaksanakan bagi EV yang diimport sehingga 31 Disember 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz berkata,
pasaran EV di seluruh ASEAN diunjur berkembang hampir 33 peratus setahun kepada AS$2.7 bilion (RM11.77 bilion) menjelang 2027 berbanding hampir AS$500 juta (RM2.3 bilion) pada 2021.
Menurutnya, gelombang tersebut menjadi push factor bagi Malaysia untuk lebih bersedia dalam menyediakan dasar dan infrastruktur yang mampu menarik minat industri kenderaan EV untuk melabur dan membuka peluang pekerjaan serta meluaskan lagi pilihan kepada pengguna.
"Kerajaan dan industri telah memulakan kerangka kerja dan menubuhkan penubuhan pusat ujian diuruskan MARii, iaitu Pusat Keserasian Kenderaan Elektrik (EVIC) di bawah Centre of Excellence for Future Industry (CoEFI) di Cyberjaya, Selangor dan Automotive High Technology Valley (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
"Berdasarkan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, Malaysia menyasarkan jualan kenderaan dielekrifikasi, termasuk hibrid mencapai sekurang-kurangnya 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri menjelang 2030 dan 38 peratus pada 2040,” katanya kepada Sinar Harian.
PENYEDIAAN STESEN PENGECAS EV
Azrul menambah, kerajaan turut menyasarkan penyediaan 10,000 fasiliti pengecasan EV menjelang tahun 2025 dengan 10 peratus daripadanya adalah dari jenis arus terus (DC) yang mampu memberikan kadar pengecasan yang lebih pantas.
"Pemasangan stesen pengecasan di tempat awam, pusat membeli-belah, kawasan perumahan, dan lebuh raya akan memberikan keselesaan kepada pengguna EV. Ini akan mengatasi cabaran jarak perjalanan di samping meningkatkan keyakinan para pengguna,” katanya.
Malah, MARii katanya turut terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengembangkan teknologi kenderaan elektrik dan sistem bateri yang lebih cekap dan berpatutan.
"Malaysia mempunyai rantaian bekalan yang kukuh, terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E). Kebolehan dalam pembuatan komponen, bateri dan peralatan pengecasan untuk industri EV akan membantu menyokong pertumbuhan ekosistem EV di negara ini.” jelasnya.
PEMBIAYAAN EV CIMB YANG KOMPREHENSIF
Bagi melengkapi gaya hidup pengguna yang ingin membuat pilihan yang lebih mampan dengan peralihan ke arah pemilikan EV, CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad secara kolektif sebagai"CIMB”) telah memperkenalkan rangkaian solusi pembiayaan EV yang komprehensif demi memenuhi keperluan pelanggan dalam setiap aspek pemilikan EV.
Solusi pembiayaan EV dari CIMB ini menawarkan pelbagai manfaat pembiayaan, insurans dan takaful kepada pelanggan seperti kadar tetap pembiayaan EV serendah 1.98 peratus setahun, termasuklah margin sehingga 90 peratus dengan tempoh pembayaran sehingga sembilan tahun.
CIMB turut memberikan kemudahan ‘laluan hijau’ yang membolehkan para pelanggan mendapat kelulusan pembiayaan pantas dalam tempoh lapan jam selain menawarkan tag Touch ‘n Go RFID secara percuma kepada para pelanggan yang membiayai EV mereka bersama CIMB.
Selain pembiayaan, CIMB bersama rakan kerjasama bankasurans-nya, Berjaya Sompo Insurance Berhad ("Berjaya Sompo”) telah berkolaborasi untuk menawarkan nilai tambah yang lebih besar serta pelbagai manfaat EV percuma yang tersedia buat kali pertama di pasaran.
Khas untuk pelanggan CIMB Bank yang melanggan insurans ‘Secure Motor’ dengan Berjaya Sompo melalui Pusat Kewangan CIMB Auto, pelan ini boleh digunakan untuk EV baharu dan juga terpakai selama tempoh lapan tahun.
Malah, sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, para pelanggan CIMB juga boleh menikmati diskaun lima peratus kadar premium untuk EV selain rebat tunai 10 peratus pada premium.
Pemilik EV juga bakal memperoleh perlindungan lengkap percuma khas untuk pelanggan CIMB, termasuk perlindungan pengecas dinding rumah EV sehingga RM15,000 yang meliputi kejadian seperti kebakaran, pencurian, petir, letupan, dan banjir selain RM50,000 perlindungan liabiliti peribadi bagi kemalangan ketika menggunakan pengecas kereta elektrik.
Perlindungan ini juga termasuk perkhidmatan tunda kenderaan tidak terhad ke stesen pengecas EV yang terdekat.
Pada masa yang sama, pelanggan CIMB boleh menikmati Pelan Bayaran Flexi 0% selama 12 bulan apabila mereka membeli pengecas dinding rumah EV dari pengedar kenderaan dengan menggunakan Kad Kredit CIMB yang terpilih.
MANFAATKAN KAD KREDIT CIMB PETRONAS VISA-I
Selain itu, CIMB dengan kerjasama Petronas Dagangan Bhd ("PDB”) juga telah memperkenalkan Kad Kredit Islamik CIMB PETRONAS Visa dengan rebat tunai Petronas yang tertinggi di pasaran.
Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i dan CIMB PETRONAS Visa Platinum-i adalah siri kad pertama di pasaran Malaysia yang menawarkan rebat tunai kepada pengguna untuk pengecasan EV di stesen Petronas serta parkir kenderaan tanpa tunai di seluruh negara.
Kad tersebut menawarkan rebat tunai sehingga 12 peratus untuk perbelanjaan petrol, Setel dan pengecasan EV di Petronas.
Turut ditawarkan adalah rebat tunai sehingga enam peratus bagi barangan runcit dan parkir kereta tanpa tunai, terhad kepada RM60 sebulan.
Pada masa sama, pemegang kad tersebut juga menerima manfaat perlindungan perjalanan Takaful
sehingga RM1 juta. Solusi nilai tambah yang pelbagai ini menunjukkan komitmen CIMB untuk menjadikan pemilikan dan penyelenggaraan EV lebih mudah, sejurus menggalakkan rakyat Malaysia menjalani corak gaya hidup yang lebih mampan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembiayaan EV CIMB, sila layari https://www.cimb.com.my/bm/personal/promotions/latest-promotions/cimb-ev-campaign.html
Untuk mengetahui lebih banyak faedah kad kredit Visa CIMB Petronas, layari www.cimb.com.my/petronas
Infografik:
PEMBIAYAAN CIMB BANK BERHAD DAN CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
- Kadar pembiayaan serendah 1.98 peratus setahun.
- Margin pembiayaan sehingga 90 peratus bagi tempoh 9 tahun.
- Kelulusan pantas dalam masa 8 jam.
- Touch ‘n Go RFID percuma kepada pelanggan.
- Pelan insuran Berjaya Sompo, 5 peratus diskaun premium dan rebat tunai 10 peratus.
- Pelan perlindungan ‘Secure Motor’.
- Pelan Bayaran Flexi 0% selama 12 bulan bagi pembelian pengecas dinding rumah EV dengan kad CIMB terpilih.
KAD KREDIT ISLAMIK CIMB PETRONAS VISA-i
CIMB PETRONAS Visa Infinite-i
- Rebat tunai sehingga 12 peratus terhad kepada RM60 sebulan bagi perbelanjaan petrol, Setel dan pengecasan EV di stesen-stesen Petronas.
- Rebat tunai sehingga 6 peratus terhad kepada RM60 sebulan bagi barangan runcit, tempat makan dan parkir kereta tanpa tunai.
- Rebat tunai 1 peratus tanpa had bulanan bagi perbelanjaan luar negara.
- Akses percuma sehingga 4 kali setahun untuk pemegang kad utama dan tambahan bagi ruang istirehat Plaza Premium.
- Perlindungan Takaful sehingga RM1 juta.
- Perlindungan Takaful untuk kemalangan diri sehingga RM100,000.
- Faedah Badal Haji sebanyak RM3,000.
- Faedah Qurban sebanyak RM750.
CIMB PETRONAS Visa Platinum-i
- Rebat tunai sehingga 8 peratus bagi perbelanjaan petrol, Setel, pengecasan EV di stesen-stesen Petronas.
- Rebat tunai sehingga 2 peratus terhad RM50 sebulan bagi barangan runcit, tempat makan dan parkir kereta tanpa tunai.
- Perlindungan Takaful sehingga RM1 juta.