PENYERANG Arsenal, Kai Havertz kekal tenang walaupun persembahan kurang memuaskannya bersama The Gunners mengundang kritikan banyak pihak.
Bercakap pada sidang akhbar di Wolfsburg, tonggak tengah Jerman itu memberitahu media bahawa dia sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan kelab baharunya itu selepas berpindah dari Chelsea.
Iklan
Iklan
"Saya fikir setakat ini dalam kerjaya saya mempunyai fasa di mana keadaan agak terumbang-ambing. Sudah tentu bahawa anda (media) juga tahu selepas empat hari perlawanan hanya akan menunjukkan perkara negatif, dan banyak perkara buruk akan berlaku.
"Ini bukan kali pertama saya datang ke kelab baharu dan saya tahu ia boleh mengambil masa yang lebih lama (untuk menyesuaikan diri), jadi saya tenang mengenainya,” katanya menjelang perlawanan antarabangsa Jerman menentang Jepun pada Ahad.
Harvetz masih belum meledak gol dan melakukan sebarang bantuan gol dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Arsenal sehingga mengundang kritikan sekali gus memaksa pengurus Mikel Arteta mempertahankannya.
Pemain berusia 24 tahun itu berpindah ke kelab Utara London itu pada musim panas dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak pada £65 juta (RM380 juta).
Arsenal, yang menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Manchester City dalam saingan EPL musim lalu untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam enam musim, memperoleh tiga kemenangan dan satu seri setakat ini.