60 maut serangan pengganas di Mali

Iklan
Mali, dengan populasi sekitar 20 juta penduduk, telah mengalami tiga siri rampasan kuasa tentera sejak 2012. Foto: AP

BAMAKO - Lebih 60 orang terbunuh dalam serangan pengganas di Mali termasuk sekurang-kurangnya 49 orang awam dan 15 anggota tentera, menurut junta Mali pada Khamis, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

Anggota militan menyerang bot dan kem tentera di timur laut Mali.

Iklan
Iklan

Sementara itu, sekitar 50 militan didakwa turut terkorban, lapor media tempatan.

Mali, dengan populasi sekitar 20 juta penduduk, telah mengalami tiga siri rampasan kuasa tentera sejak 2012.

Iklan

Sejak rampasan kuasa pada Mei 2021, negara itu telah dipimpin oleh kerajaan sementara.

Pada Jun ia menuntut 12,000 tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikerahkan ke misi pengaman, dikenali sebagai MINUSMA untuk meninggalkan negara itu.

Iklan

MINUSMA akan berundur menjelang akhir tahun dan merancang untuk menyerahkan pangkalannya kepada pasukan keselamatan Mali. - Bernama