Tunku Ampuan Najihah mangkat

Iklan
Allahyarham Tunku Ampuan Najihah

KUALA LUMPUR - Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, 100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini pada 6.53 pagi tadi.

Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Iklan
Iklan

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada Jumaat selepas waktu Asar.

Mohd Zafir berkata, tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah adalah selama satu hari iaitu pada hari ini.

Iklan

"Selepas sahaja pengumuman ini, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan pada hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah dalam tempoh perkabungan.

Iklan

Mohd Zafir juga mendoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat. - Bernama