Sensasi Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka China

Iklan
Tang Jie (kanan) dan Ee Wei akan menentang pasangan Perancis dalam aksi separuh akhir Terbuka China pada Sabtu. - Foto Badminton Photo

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta sensasi pada Jumaat apabila mara ke separuh akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia bertaraf Super 1000 sejak bergandingan awal Disember tahun lalu.

Kejayaan itu diraih setelah mereka yang menguni ranking ke-11 dunia mengalahkan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin dari Taiwan pada aksi suku akhir Terbuka China di Changzhou.

Iklan
Iklan

Tang Jie-Ee Wei dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-15, 13-21, 21-16 ke atas gandingan di ranking ke-15 dunia dalam paksi yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik.

Keputusan tersebut menjadikan Tang Jie-Ee Wei meneruskan momentum cemerlang meraih empat kemenangan berturut-turut ke atas Hong Wei-Chia Hsin dalam saingan di peringkat antarabangsa.

Iklan

Pencapaian terbaik Tang Jie-Ee Wei dalam kejohanan bertaraf Super 1000 sebelum ini adalah mara ke suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Mereka akan berdepan beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue bagi perebutan tiket ke final pada Sabtu.

Iklan

Sebagai rekod, pencapaian terbaik beregu campuran negara di Terbuka China adalah menerusi Chang Peng Soon-Goh Liu Ying yang mara ke final pada edisi 2012.