SMK Seksyen 7 muncul juara pertandingan pidato

Iklan
Muhd Irfan Daniel Irwan (dua dari kiri), Wan Nur Marhanna Meor Mohd Ismail (tengah) dan Wan Zulaikha Ariesya Zulkifle selepas Pertandingan Pidato Alam Sekitar di Studio My #QuranTime pada Jumaat.

SHAH ALAM - Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Wan Nur Marhanna Meor Mohd Shahril dinobat sebagai juara Pertandingan Pidato Alam Sekitar sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat.

Pelajar Tingkatan Empat itu membawa pulang hadiah wang tunai RM400 selepas menewaskan 11 peserta lain dalam acara berkenaan.

Iklan
Iklan

Gurunya, Rohana Salim berkata, beliau bersama pelajarnya mula membuat persiapan sejak dua minggu lalu selepas dimaklumkan mengenai pertandingan tersebut.

Menurutnya, antara persiapan dan persediaan yang dibuat ialah menulis skrip pidato dan berlatih untuk bercakap di hadapan khalayak.

Iklan

"Ini kerana, kami telah menetapkan target untuk mendapatkan nombor satu sejak dari awal persiapan lagi.

"Malah, skrip pidato pelajar tersebut ditulis oleh pelajar sendiri dan dibantu saya,” katanya selepas pertandingan itu di Studio My #QuranTime (MQT) pada Jumaat.

Peserta Pertandingan Pidato Alam Sekitar bersama pada Jumaat.

Iklan

Penganjuran karnival selama tiga hari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu menghimpunkan 100 pempamer dan lebih 50 aktiviti disediakan kepada pengunjung sehingga Ahad ini.

Karnival tersebut diadakan serentak bersama SinarPlus Makan Fest dan Jualan Gudang Karangkraf untuk pengunjung berhibur, belajar serta membeli-belah dalam masa yang sama.

Dalam pertandingan pidato itu, naib johan dimenangi oleh Muhd Irfan Daniel Irwan dari Sekolah Menengah Sains Banting dan tempat ketiga diraih Wan Zulaikha Ariesya Zulkifle dari SMK Assunta yang masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250 dan RM100 selain saguhati bernilai RM50 yang ditaja KDEBWM.

Tambah Rohana, beliau berharap agar dapat membawa pelajarnya ke peringkat yang lebih tinggi dalam pidato kerana melihat bakat yang dimiliki.

"Sebelum ini, pelajar (Wan Nur Mahanna) pernah mewakili sekolah dalam pertandingan sama di peringkat daerah dan negeri.

"Saya akan menggilap bakatnya agar dapat membawanya ke peringkat tinggi seperti mewakili kebangsaan,” ujarnya.