[VIDEO] KPM sokong penuh penganjuran Karnival Pendidikan Sinar Bestari

Iklan
Fadhlina ketika ucapan perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Shah Alam pada Jumaat.

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyokong sepenuhnya penganjuran Karnival Pendidikan Sinar Bestari anjuran Kumpulan Karangkaf.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, penganjuran karnival pendidikan itu dengan tema Memacu Pendidikan Generasi Digital menjadi medan terbaik untuk memastikan penyertaan komuniti berteraskan perkembangan melalui maklumat terkini.

Iklan
Iklan

"Saya mengharapkan karnival ini memberi impak besar kepada semua apatah lagi dengan sokongan partisipasi komuniti seperti setempat, sekolah dan juga ibu bapa," katanya menerusi ucapan perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari di sini pada Jumaat.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Iklan

"Saya percaya usaha ini mampu untuk meneruskan agenda kesedaran ditambah pula dengan penggunaan teknologi," ujar beliau sambil berharap agar karnival berkenaan turut diperluas ke negeri lain.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diadakan selama tiga hari bermula Jumaat.

Iklan

Pelbagai aktiviti, pameran dan pertunjukan yang menarik menanti pengunjung bermula jam 9 pagi sehingga 7 petang.