'Saya hanya ada dua pilihan’ - Fadhlina

Iklan
Fadhlina ketika program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengakui berdepan cabaran yang besar dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara ketika ini.

Menurutnya, hanya dua pilihan yang ada iaitu sama ada mengambil langkah tertentu untuk terus memperbaiki dan menjulang pendidikan negara atau bertahan dengan apa yang ada.

Iklan
Iklan

"Saya fikir dalam keadaan hari ini, khususnya pasca Laporan Pelan Pendidikan Pembangunan Negara, saya melihat banyak sudut yang positif dan cabaran-cabaran itu telah kita lalui.

"Saya ucapkan tahniah kepada guru dan anak murid kita sekarang ini yang sangat luar biasa. Kita boleh lontarkan apa jua cabaran, mereka akan hadapinya dengan daya juang yang sangat tinggi,” katanya ketika program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Iklan

Program itu dikendalikan hos, Samuel Isaiah yang juga penerima Top 10 Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Tambah Fadhlina, antara inisiatif yang dilakukan dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara sekarang adalah penekanan terhadap akses pendidikan.

Iklan

Jelasnya, ruang dan peluang untuk belajar serta terus memberikan yang terbaik dalam pendidikan termasuklah soal kualiti guru serta pendidikan manusiawi dalam konteks menuju ke hadapan.

"Kita nak julang kembali negara, asasnya tetap pendidikan. Jadi, tidak boleh ambil mudah terhadap semua segmen dan pemegang taruh, khususnya guru, anak murid dan infrastruktur.

"Sebab itu, kita kena mulakan dengan sekolah daif kerana perkara asas ini perlu diutamakan, barulah kita boleh bercakap tentang hal lain,” jelasnya.