[VIDEO] Fadhlina senaraikan tiga 'dosa besar' bagi KPM

Iklan

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyenaraikan tiga dosa besar bagi kementeriannya yang perlu diberi secara serius oleh semua pihak khususnya kumpulan sektor pendidikan.

Menurut Ahli Parlimen Nibong Tebal berkenaan, tiga perkara itu ialah buli, jenayah seksual dan perkauman.

Iklan
Iklan

"Makam tertinggi dalam pendidikan (KPM) ialah cinta dan kita tidak boleh melakukan (apa-apa kerja) tanpa rasa cinta, cinta kepada Tuhan, guru, murid-murid, ibu bapa dan ilmu.

"(Jadi) saya selalu sebut, ada tiga dosa besar bagi KPM," katanya ketika program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Fadhlina pada program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf. Foto: MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH


Program itu dikendalikan hos, Samuel Isaiah yang juga penerima Top 10 Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Iklan

Mengulas mengenai nilai cinta yang diterapkan dalam kementerian yang diterajuinya, Fadhlina berkata, dengan adanya sifat sedemikian ia boleh menghakis segala perkara negatif yang wujud sama ada di luar datau dalam sektor pendidikan negara.

"Pendidikan ini selain kita bercakap tentang dasar kita juga harus tumpukan perkara asas iaitu cinta. Saya percaya dengan cara ini kita dapat merapatkan lagi jurang dan semai semangat perpaduan," katanya.

Iklan

Pada 2 Disember tahun lalu, Fadhlina dilantik sebagai Menteri Pendidikan bagi membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.