PM utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah

Iklan
Anggota ATM dan PDRM mengiringi jenazah bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin yang mangkat, dari Istana Sri Menanti Kuala Pilah untuk dikebumikan di Makam Diraja Seri Menanti, pada Jumaat. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan salam takziah di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada Jumaat.

Perdana Menteri berkongsi ucapan salam takziah itu menerusi hantaran di Facebook beliau petang Jumaat.

Iklan
Iklan

"Semoga seluruh kerabat diraja tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Anwar menerusi catatan itu.

Tunku Ampuan Najihah,100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini pada 6.53 pagi Jumaat.

Iklan

Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman. - Bernama

Iklan