Kembara Kenali Borneo Agong percepat pembangunan Sabah - Hajiji

Iklan
Hajiji ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Lawatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Kembara Kenali Borneo diyakini akan mempercepatkan lagi proses pembangunan di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, banyak perkara telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh rakyat sepanjang kembara itu berlangsung di Sabah.

Iklan
Iklan

"Banyak juga dalam kembara ini Seri Padukan Baginda dapat berjumpa dengan rakyat biasa dan beberapa perkara dikemukakan dan akan bawa perkara itu terus kepada Perdana Menteri untuk tindakan.

"Memang (lawatan percepatkan pembangunan di Sabah). Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara kita, saya ingat Seri Paduka Baginda akan berbincang dengan Perdana Menteri untuk mengatasi perkara ini (pembangunan)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat di sini pada petang Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lawatan keluarga Diraja itu menerusi Kembara Kenali Borneo sepanjang lima hari di Sabah.

Kembara itu yang bermula Ahad lalu, berakhir pada Khamis di Sipitang sebelum diteruskan ke Sarawak sehingga 13 September ini.

Iklan

Mengulas lanjut, lawatan Kembara Kenali Borneo itu turut dilihat menawan hati seluruh rakyat Sabah sepanjang ia berlangsung.

"Kita cukup gembira kerana buat pertama kalinya seorang raja, Yang di-Pertuan Agong membuat satu kembara yang begitu menawan hati rakyat Sabah," katanya.