Bapa Anna Jobling meninggal dunia

Iklan
Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas terakhir malam tadi akibat sakit jantung. - Foto IG Anna Jobling

BAPA kepada pelakon popular, Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah meninggal dunia, malam tadi.

Anna atau atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman memaklumkan bapanya disahkan menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung di United Kingdom (UK).

Iklan
Iklan

Berita duka itu dikongsikan pelakon berkenaan menerusi Instagram rasmi miliknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Anna yang kini berada di Bali, Indonesia, berkata, masih terikat dengan urusan penggambaran drama bersiri, The One akan cuba menghabiskan komitmennya sebelum kembali ke pangkuan keluarga.

Iklan

Bapanya yang pernah bekerja sebagai jurutera minyak dan gas berasal dari UK.

Peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu memohon peminat agar mendoakan Allahyarham bapanya yang selalu menyokong minatnya selama ini. - Awani

Iklan