Dua beranak terperangkap pokok hempap kereta

Iklan
Kejadian pokok tumbang menyebabkandua beranak terperangkap dalam kereta sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian di Ipoh. Foto: ihsan pembaca

IPOH - Dua beranak mengalami cedera ringan apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di Taman Song Choon dekat sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat sekitar jam 3.01 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat seorang wanita berusia 47 tahun dan anak lelakinya berusia 14 tahun berada dalam kenderaan terbabit.

"Komander operasi segera melakukan penilaian risiko sebelum mengarahkan anggota memotong pokok terbabit," katanya di sini.

Iklan

Tambah Sayani, dua beranak terbabit berjaya dikeluarkan dan pemeriksaan mendapati mereka mengalami kecederaan ringan sebelum dibawa ke hospital dengan kenderaan orang awam.

"Komander operasi telah memaklumkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi bantuan pemotongan pokok dan operasi tamat pada jam 4.49 petang," katanya.

Iklan