Tiga bas persiaran bawa 120 pelajar

Iklan
Qays Dean (kiri) bersama rakannya, Syed Mohammad Aqil Syed Mohd Redza teruja mengunjungi jualan gudang di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

SHAH ALAM - Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jugra, Banting sanggup menyewa tiga bas persiaran untuk membawa seramai 120 pelajar dan 11 guru pengiring bagi mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat.

Kesemua ahli rombongan teruja menempuh perjalanan selama dua jam untuk melihat jualan buku dan menikmati pelbagai promosi menarik yang ditawarkan.

Iklan
Iklan

Pelajar SMK Jugra, Adrianna Natasha Juriman, 17, berkata, dia sanggup bangun seawal jam 4 pagi untuk menyertai rombongan tersebut.

"Kami memang menantikan jualan gudang ini. Saya bangun seawal jam 4 pagi, bersemangat nak datang sini. Bergerak dari Banting jam 8.10 pagi dan sampai jam 10.30 pagi.

Iklan

"Selain pengalaman, ilmu pun kita dapat di sini kerana dapat juga sertai aktiviti di Karnival Pendidikan Sinar Bestari,” katanya pada Jumaat.

Pelajar SMK Cheras Jaya, Melissa Najla Mazlan, 16, pula berkata, dia hadir bersama 82 pelajar lain termasuk guru pengiring dengan menaiki dua bas yang disediakan pihak sekolah.

Iklan

"Saya rasa seronok dan tak nak lepaskan peluang untuk sertai jualan gudang dan karnival pendidikan ini. Saya dapat membeli buku latihan dan novel dengan harga murah. Sebelum ini harga RM24 tapi dapat 15 peratus diskaun dan ada tiga buku hanya RM10,” katanya.

Sementara itu, pelajar SMK Agama Maahad Hamidah, Qays Dean Ariff Situah Ariff, 16, berkata, jualan gudang itu memberikan tawaran terbaik.

"Buku My name is Hasmah by Dr Siti Hasmah Mohd Ali harga sepatutnya RM80 tapi dekat sini hanya RM60,” katanya.