Tukang cuci gigit jari, rugi RM9,000

Iklan
Superintendan Suffian Sulaiman

KUALA TERENGGANU- Hajat seorang tukang cuci menebus hadiah istimewa kiriman rakan lelaki dari United Kingdom yang dikenali dalam laman sosial Facebook tidak kesampaian selepas menjadi mangsa sindiket parcel scam.

Bukan sahaja terpaksa menggigit jari selepas hadiah dijanjikan cuma sekadar mimpi, tetapi wanita berusia 40 tahun itu turut terpaksa menanggung kerugian RM9,000, dalam kejadian awal November lalu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, kejadian bermula selepas mangsa yang berada di rumahnya di Manir, di sini, menerima mesej daripada seorang rakan lelaki dari luar negara yang memperkenalkan diri sebagai 'Abdul Mohamad', pada 2 November lalu.

Jelas sumber, selepas beberapa hari berhubung melalui laman sosial, rakan lelakinya itu menawarkan untuk mengirimkan hadiah tetapi tidak dinyatakan dalam bentuk apa kononnya sebagai tanda perkenalan.

Iklan

"Suspek juga ada meminta maklumat peribadi mangsa termasuk nama penuh, alamat dan nombor telefon peribadi kononnya untuk proses penghantaran hadiah nanti.