'Nak padang OK, ranking kena baik'

Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Jumaat.

SKUAD bola sepak negara perlu memperbaiki ranking sekiranya mahu mendapat layanan istimewa termasuk venue perlawanan yang bertaraf dunia dalam aksi persahabatan di luar negara.

Penganalisis sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa berkata, keadaan ranking skuad negara yang berada di kedudukan kurang bagus menjadi antara faktor Harimau Malaya hanya beraksi di venue bertaraf padang universiti ketika perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Syria di Stadium East-Town Football Park, di Chengdu pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bukan satu kesalahan serta perkara biasa berlaku selain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sendiri tidak mempunyai peraturan tertentu mewajibkan tuan rumah menyediakan stadium besar untuk perlawanan persahabatan.

"Kedudukan ranking kita yang kurang baik menyaksikan kita tidak boleh untuk meminta layanan yang lebih baik.

Iklan

"Justeru, untuk menjadi pasukan yang diberikan layanan A, kita perlu berada dalam ranking 50 ke atas dan pasukan negara juga boleh 'demand' untuk mendapat fasiliti terbaik tersebut," katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Sadek memuji tahap profesional pemain negara yang tidak kisah bermain di padang yang bukan bertaraf stadium selain berjaya mengikat Syria.

Akhyar Rashid antara penjaring gol pertama Harimau Malaya ketika menentang Syria dalam aksi persahabatan di Stadium East-Town Football Park, di Chengdu pada Rabu lalu. - Foto FAM.

Iklan

"Saya melihat ia sesuatu yang positif dengan pemain Harimau Malaya menunjukkan karakter ketika perlawanan menentang Syria. Bukan isu main di stadium besar, tetapi kualiti kita mampu menandingi pasukan di ranking lebih baik.

"Itu penting agar apabila kita nak bermain perlawanan persahabatan di negara lain, kita akan diberikan layanan yang lebih istimewa. Pastikan satu hari nanti kita dijemput untuk beraksi bukan kita yang minta untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka," katanya.