[VIDEO] PRK: Calon PH, Suhaizan selesai membuang undi

Iklan

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH) dan BN, Suhaizan Kayat selesai mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Sekolah di Kebangsaan (SK) Seri Melati, Taman Melati, Tampoi di sini jam 9.03 pagi Sabtu.

Beliau yang ditemani isteri, Dr Norsham Idris sebelum itu tiba di pusat pembuangan undi tersebut pada jam 8.50 pagi dalam keadaan cuaca cerah.

Iklan
Iklan

Suhaizan dalam sidang akhbar selepas mengundi, meminta pengundi keluar mengundi awal terutama pada sebelah pagi kerana keadaan cuaca yang baik.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar, semua saluran berjalan lancar dan kita lihat trafik juga agak baik dibantu oleh pihak polis.

Iklan

"Saya kira tiada sebab atau halangan untuk semua keluar mengundi," katanya yang akan bertemu calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Suhaizan dan isteri, Dr Norsham selesai mengundi bagi PRK Parlimen Pulai di pusat pembuangan undi di SK Seri Melati, Taman Melati, Tampoi, Johor Bahru, pada Sabtu.

Ditanya berkenaan sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu 70 peratus akan keluar mengundi, beliau berharap semua pihak berdoa supaya perkara tersebut menjadi realiti.

Iklan

"Kita doa capai 70 peratus ke atas dalam keadaan cuaca redup begini lebih baik semua turun mengundi. Pasal belah petang diramal hujan. Elok pagi ini keluar mengundi, redup saja, seelok-eloknya semua turun (mengundi belah pagi)," katanya.