RABAT - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda Maghribi pada malam Jumaat, lapor media tempatan.
Lebih 20 kematian dilaporkan di bandar pelancongan Marrakech, 320 km selatan ibu kota Rabat, dan empat di wilayah Ouarzazat, manakala jumlah korban dijangka meningkat, lapor Xinhua.
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda Maghribi pada malam Jumaat. - Foto Xinhua