[VIDEO] PRK: Lima sekeluarga ceria dapat mengundi bersama

Iklan

JOHOR BAHRU - Hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada Sabtu cukup bermakna bagi sebuah keluarga di Taman Bukit Indah di sini kerana dapat menunaikan tanggungjawab bersama.

Kesemua lima beranak itu dilihat ceria dan bersemangat ketika tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah meskipun hujan renyai.

Iklan
Iklan

Bagi ibunya, Liew Yoke Siang, 53, dia teruja kerana tiga anaknya yang bekerja di Singapura dapat pulang untuk mengundi dan hadir bersama-sama ke pusat pembuangan undi pada pagi Sabtu.

Yoke Siang berkata, walaupun tiga anaknya Toh Wan Teng, 27, Toh Wan Bin, 25 dan Toh Jun Wei, 20, masih muda namun tetap bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK Parlimen Pulai.

Iklan

"Saya dan suami Toh Kai Peet, 60, datang ke pusat pembuangan undi bersama tiga orang anak.

"Sudah tentu saya gembira kerana kami dapat bersama-sama meluangkan masa membuang undi," ujarnya yang ditemui selepas selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah pada Sabtu.

Iklan
Lima sekeluarga gembira dapat mengundi pada PRK Parlimen Pulai di SMK Taman Bukit Indah pada Sabtu.


Anak sulung, Toh Wan Teng, 27, berkata, tidak sukar untuknya mendapatkan maklumat mengenai calon yang bakal dipilih sebagai wakil rakyat kerana segalanya boleh diperoleh melalui media sosial.

"Saya bekerja sebagai pereka fesyen di Kota Singa nyata teruja apabila dapat bersama keluarganya mengundi hari ini.

"Kami tiga beradik bekerja di Singapura, adik saya Wan Bin bekerja sebagai akauntan dan Jun Wei bekerja sebagai pegawai perhubungan awam dan kami menyewa di sana.

"Kami merancang mengambil cuti untuk pulang bersama-sama, semalam kami pulang baik bas. Saya mengetahui adanya mengundi hari ini melalui hebahan media sosial selain ibu bapa saya suruh balik mengundi,”katanya.

Pada Sabtu, proses pengundian PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berlangsung di kesemua 61 pusat pengundian.

Sebanyak 294 jumlah saluran di 47 pusat mengundi di Parlimen Pulai, manakala 68 jumlah saluran di 14 pusat mengundi bagi DUN Simpang Jeram.

Seramai 165,509 pemilih berdaftar mengundi bagi Parlimen Pulai dan 40,301 pengundi di DUN Simpang Jeram.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.