Emina Cosmetics produk khusus buat remaja

Iklan
Dr Amanda atau lebih dikenali sebagai 'Dr Unicorn' (tiga dari kiri) bersama pasukan Emina Cosmetics di Karnival Pendidikan Sinar Bestari, di sini, pada Jumaat.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Produk kecantikan, Emina Cosmetics kini berada di pasaran khusus buat remaja berumur antara 10 hingga 15 tahun.

Pegawai Perubatan, Dr Amanda Elli atau lebih dikenali sebagai Dr Unicorn berkata, Emina Cosmetics merupakan jenama produk di bawah satu syarikat yang sama dengan Wardah Beauty iaitu PT Paragon Technology and Innovation (Paragon) dari Indonesia.

Iklan
Iklan

"Rangkaian produk Emina memfokuskan kepada remaja berusia antara 10 hingga 19 tahun contohnya murid sekolah manakala Wardah Beauty pula menekankan kecantikan bagi golongan dewasa.

"Bezanya Wardah Beauty tekankan pigmentasi, tona gelap dan kedutan di seluruh muka.

Iklan

Sementara itu, Dr Unicorn turut menerangkan, produk yang sudah dilancarkan sejak dua tahun lalu itu turut menembusi pasaran tempatan seperti Watsons dan platform media sosial seperti Facebook, X serta Instagram.

Tambah beliau, golongan remaja perlu bijak untuk memilih produk yang bersesuaian dengan keadaan kulit mereka.

"Tidak kira apa-apa produk yang remaja ingin pakai, sila pilih dengan bijak.

Iklan

"Tolong beli produk yang ada kelulusan KKM di farmasi berdekatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sambutan karnival pada hari pertama, beliau mengakui bertuah menjadi sebahagian daripada penganjuran karnival pendidikan yang terbesar di negeri Selangor.

Ujar beliau, karnival selama tiga hari itu menekankan pendedahan dalam pelbagai bidang contohnya Emina Cosmetics yang memberi tips penjagaan kesihatan mudah buat remaja.

"Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk belajar sesuatu perkara yang baharu di luar bilik darjah, bukan hanya di sekolah,” katanya lagi.