DUA beregu campuran negara - Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal menempah tiket final Terbuka China selepas langkah mereka tersekat di peringkat separuh akhir pada Sabtu.
Dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou, Kian Meng-Pei Jin terpaksa akur apabila tewas 19-21, 11-21 di tangan juara dunia dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung.
Iklan
Iklan
Tidak lama kemudian, nasib sama turut dialami Tang Jie-Ee Wei apabila tewas 16-21, 13-21 kepada gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Sekalipun gagal meneruskan kemaraan ke pentas final, pencapaian mara ke separuh akhir pada kejohanan berstatus Super 1000 itu tetap satu pencapaian positif buat kedua-dua beregu campuran negara itu.
Terbuka China kali ini menjadi saksi Kian Meng-Pei Jing berjaya bangkit daripada 'lena yang panjang' selepas mereka tampak agak bergelut untuk melepasi pusingan awal.
Tang Jie-Ee Wei pula boleh mendabik dada apabila layak ke separuh akhir buat kali pertama di pentas Super 1000 tahun ini selepas pencapaian terbaik mara ke suku akhir Terbuka Malaysia pada Januari lalu.
Artikel Berkaitan