Neymar pintas rekod jaringan Pele

Iklan
Neymar kini merekodkan 79 gol di pentas antarabangsa.

NEYMAR memecahkan rekod Pele sebagai penjaring terbanyak Brazil selepas meledak dua gol dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan pada awal pagi Sabtu.

Rekod itu tercipta selepas Neymar mengetuai kejayaan Brazil membenam Bolivia 5-1, sekali gus menyaksikan dia kini merekodkan 79 gol berkelebihan satu gol di depan legenda bola sepak Brazil itu.

Iklan
Iklan

Sebelum aksi di Stadium Jornalista Edgar Proenca 'Mangueirao', Belem, Brazil itu, Neymar dan Pele terikat 77 gol yang mana rekod berkenaan dipecahkan dalam penampilannya yang ke-125 bersama skuad Samba.

Pele yang meninggal dunia ketika berusia 82 tahun pada Disember tahun lalu, mengumpul keseluruhan 77 gol buat Brazil dalam 92 penampilan dari tahun 1957 hingga 1971.

Iklan

Fernando Diniz yang dilantik bagi menggantikan Tite selaku pengendali baharu Brazil mengakui, Neymar seorang pemain yang istimewa dan memiliki bakat semulajadi yang luar biasa.

"Neymar adalah ikon kepada ramai pemain muda dan dia berjaya membuktikan dirinya antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak Brazil," kata Diniz.

Iklan

Pada Ogos lalu, bekas penyerang sensasi Barcelona berusia 31 tahun itu meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal.