Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah

Iklan
Sekitar lokasi kejadian seorang wanita ditemui maut bersama dua anaknya dalam bilik sebuah apartment di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.

AMPANG JAYA -"Saya tak sangka temui dia dan anak-anak dalam keadaan begitu."

Luah bekas teman lelaki kepada seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartment di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Individu yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, teman wanitanya itu dikenali sebagai seorang individu yang tabah dalam membesarkan kedua-dua anaknya.

"Saya dengan dia (mangsa) telah berpisah sejak dua tahun lalu, namun kami masih tinggal serumah dalam bilik yang berasingan.

Iklan

"Kali terakhir saya ada terserempak dengan mangsa pada malam Isnin ketika dalam perjalanan ke tandas untuk mandi, saya kenali dia sebagai seorang wanita yang kuat dalam membesarkan anak-anak, saya tak sangka apabila temui dia dalam keadaan yang menyedihkan," katanya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu, dua anak ditemui mati dalam rumah

Katanya, dia ada mendengar bunyi pita pelekat sekitar awal pagi Selasa namun tidak mengesyaki sesuatu yang buruk, malah tidak menyangka tinggal bersama ketiga-tiga mayat tersebut sejak tiga hari lalu.

Iklan

"Saya ada dengar bunyi pelita pelekat, tapi saya tak syak apa-apa sebab sangkakan dia sedang bungkus barangan dan dia pula sebelum ini memang ada perniagaan sendiri.

"Sekitar Khamis saya mula rasa tak sedap hati, sebab dah masuk hari ketiga lampu biliknya terbuka dan dia pun saya tak nampak keluar dari bilik," katanya.

Menurutnya, dirinya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena sebab masa sama ada surat daripada rakannya yang mengatakan dia tidak hadir tugas.

"Tanpa berfikir panjang saya terus memecah pintu bilik, dan ketika itu saya lihat dia dan dua anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Saya lihat sendiri keadaan tubuh ketiga-tiga mangsa dalam keadaan kembung, perasaan saya tidak terungkap ketika itu, rasa sedih dan sebak," katanya.

Tambahnya, hatinya juga kesal dengan tindakan bekas teman wanitanya itu yang mengambil tindakan sedemikian.

"Seharusnya apa saja masalah dia perlu ceritakan kepada saya, dan biarpun saya bukan lagi teman lelakinya, saya sanggup mendengar apa saja masalahnya.

"Dia yang saya kenal seorang ibu tunggal yang tabah dan sering membantu rakan-rakan dalam kesusahan, tapi apa saja masalahnya memang dia akan pendam dan tidak akan ceritakan kepada sesiapa," katanya.

Pada Khamis, seorang wanita ditemui mati bersama dua anaknya di kediaman mereka di Kampung Baru Ampang, di sini.

Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah ke apartment terbabit selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki pada jam 7.31 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiga mayat membabitkan seorang wanita berusia 42 tahun serta dua anaknya masing-masing lelaki berusia 14 tahun serta perempuan berumur 15 tahun dalam keadaan lengkap berpakaian.

"Polis turut menjumpai satu sampul berisi surat wasiat dan wang tunai," katanya.

Jelas Hussein, kematian ketiga-tiga mangsa juga dipercayai sudah melebihi 24 jam.

"Siasatan masih dijalankan dan setakat ini polis telah mengklasifikasi kes di bawah mati mengejut (SDR)," ujarnya.