Veteran ATM OKU penglihatan tunai tanggungjawab mengundi

Iklan
Md Noor yang berkerusi roda dibantu petugas SPR selepas menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai pada Sabtu. - Foto Bernama

MUAR - Walaupun bergelar orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak 2017, ia tidak menghalang veteran Angkatan Tentera Malaysia, Md Noor Parman menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram pada Sabtu.

Md Noor, 66, dari Taman Sri Anggerik di sini dan sebelum ini berkhidmat dalam Kor Risik Diraja (KRD) berkata, tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat perlu demi kemajuan dan pembangunan sesuatu kawasan.

Iklan
Iklan

"Sebagai pengundi kita boleh menyumbang kepada negara dan negeri dengan memilih calon wakil rakyat yang layak untuk memimpin negeri atau negara,” katanya kepada Bernama di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram di sini pada Sabtu.

Md Noor yang tidak dapat melihat kesan daripada penyakit buah pinggang dihidapinya datang ke sekolah itu bersama isteri, Rozita Madtop, 60, yang menolak kerusi rodanya dan menjadi peneman proses pengundian selain turut mengundi di lokasi sama.

Iklan
Iklan

PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai diadakan serentak berikutan kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi berkenaan selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. - Bernama