Jasa dua juruterbang nahas pesawat diiktiraf Persatuan Pengakap Malaysia

Iklan
Penganugerahan pingat dan sijil kepada Allahyarham Kapten Heikal Aras Abdul Azim dan Allahyarham Kapten Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi. - Foto Bernama

MELAKA - Penglibatan aktif dua juruterbang yang terkorban nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos lepas dalam persatuan pengakap mendapat pengiktirafan apabila diberikan Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

Penganugerahan pingat dan sijil kepada Allahyarham Kapten Heikal Aras Abdul Azim dan Allahyarham Kapten Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam merangkap Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka.

Iklan
Iklan

Lebih istimewa, penganugerahan itu satu kejutan buat keluarga Allahyarham Kapten Heikal Aras yang tidak menduga arwah masih aktif dalam badan beruniform tersebut malah merupakan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Melaka (Program Pengakap Udara).

Adik kepada Allahyarham, Hasany Aras, 42, berkata, beliau dan keluarga terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Persekutuan Pengakap Malaysia dan memintanya mewakili Allahyarham menerima anugerah tersebut.

Iklan

"Jadi ini mungkin satu daripada bakti arwah sepanjang menyertai pengakap udara dan kumpulan kecilnya bersama rakan penerbangan dalam melakukan kerja-kerja kebajikan" katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka dan Sijil Pengakap Raja di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Mohd Zaini Abd Ghani, 56, pula berkata, beliau sebak apabila diberi penghormatan mewakili rakannya, Allahyarham Mohamad Naim Fawwaz menerima anugerah itu.

Iklan

Mengenali Mohamad Naim Fawwaz sejak 15 tahun lepas, Mohd Zaini berkata arwah merupakan seorang yang ringan tulang dan pernah menerbangkan pesawat membawa Mohd Ali dari Segamat, Johor ke Melaka bagi satu program yang dianjurkan oleh pengakap udara.

"Kami memang rapat malah saya anggap arwah seperti adik sendiri. Kami banyak berkongsi idea, sama ada berkaitan aktiviti pengakap atau penerbangan memandangkan arwah memang aktif dalam pengakap sejak sekolah.

"Walaupun menjadi juruterbang di luar negara dan sibuk dengan aktiviti harian, arwah tetap aktif dalam pengakap udara malah masih berkongsi idea dan pengalaman dengan ahli pengakap udara di sini," katanya.

Terdahulu, seramai 25 tokoh menerima Anugerah Gemilang Presiden manakala 44 individu menerima Anugerah Presiden dan 26 ahli Pengakap Remaja menerima Anugerah Sijil Pengakap Raja. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Peluang kenal pasti punca tipis