Pengunjung teruja padam api bersama 'abang' bomba

Iklan
Pengunjung terdiri dariapda golongan wanita turut tidak melepaskan peluang memadamkan kebakaran ketika demostrasi anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Sabtu.

SHAH ALAM - Pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak dan wanita tidak melepaskan peluang untuk mencuba memadamkan kebakaran menerusi demonstrasi anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor di Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dataran Karangkraf di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Parsimin berkata, antara dipamerkan adalah langkah awal dalam memadamkan kebakaran di dapur.

Iklan
Iklan

"Kita pamerkan suasana ketika memasak, yang mana berlakunya kebakaran melibatkan peralatan di dapur serta tong gas.

"Menariknya yang saya lihat, golongan wanita malah kanak-kanak turut berani mencuba untuk turut sama melakukan aksi pemadaman. Ini menunjukkan tahap kebersediaan orang ramai yang tinggi ketika menghadapi situasi kebakaran di rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan
Muhammad Rizwan

Katanya, pemahaman dan maklumat yang tepat amat penting bagi mengelakkan kebakaran merebak.

"Air misalnya tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk memadamkan kebakaran, ia akan mengakibatkan api lebih marak.

Iklan

"Sebaliknya, gunakan tuala basah atau alat pemadam api bersesuaian untuk memadamkan api tersebut," katanya.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) yang masuk hari kedua hari ini lebih meriah dengan kehadiran pengunjung yang memanfaatkan cuti hujung minggu.

Bertemakan 'Memacu Pendidikan Generasi Digital', acara bermula jam 9 pagi hingga 7 malam itu menyaksikan sambutan luar biasa pada hari pertama semalam, dengan kehadiran rombongan dari sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang termasuk dari luar.