Belanjawan 2024: Cadangan RM300 juta bina tandas BMW seluruh negara

Iklan
Kor Ming (tengah) melihat kertas Laporan Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP) ketika mengadakan lawatan ke Rumah Pangsa Seri Kepayang, Ipoh pada Sabtu.

IPOH - Cadangan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf ‘Bersih, Menawan, Wangi’ atau ‘BMW’ di seluruh negara, adalah antara cadangan agenda reformasi kemudahan awam negara yang dikemukakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Belanjawan 2024.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, cadangan itu adalah antara 29 inisiatif yang dicadang kementerian berkenaan dalam pertemuan pihaknya dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, dua hari lepas.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2024, 13 Oktober depan.

Sementara itu, Kor Ming berkata, pihaknya menyasarkan untuk menyiapkan 10,000 MyKiosk untuk penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara menjelang 2025.

Iklan

Beliau berkata, tahun ini 3,073 kiosk akan disiapkan untuk diagihkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi disewakan kepada peniaga serta penjaja kecil dengan kadar sewa minimum.

Kor Ming turut mengumumkan peruntukan tambahan RM750,000 kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi tujuan naik taraf dan menyelenggara 11 projek.

Iklan

"Ia adalah bagi tujuan naik taraf kemudahan sembilan projek rumah pangsa dan dua penempatan semula nelayan,” katanya. - Bernama