NEW DELHI - Plak nama tuan rumah G20 Perdana Menteri Narendra Modi memaparkan perkataan"Bharat," gelaran Sanskrit atau Hindi bagi negara Asia Selatan itu, bukannya India, semasa beliau merasmikan sidang kemuncak G-20 di New Delhi pada Sabtu.
"Bharat mengalu-alukan rombongan delegasi sebagai Presiden G20,” Agensi Anadolu memetik Modi sebagai berkata dalam bahasa Hindi.
Iklan
Iklan
Kedua-dua istilah, 'Bharat' dan 'India,' digunakan secara rasmi dalam negara dengan populasi sekitar 1.4 bilion orang itu.
Tindakan itu mencetuskan perdebatan umum mengenai perkataan yang sepatutnya dipanggil bagi negara itu.
Pembangkang juga memberi amaran supaya tidak menukar nama negara, mendakwa penggunaan Bharat adalah tindak balas kepada pembentukan Perikatan Inklusif Pembangunan Nasional India, atau pakatan INDIA.
Pada Julai, pemimpin daripada 26 parti pembangkang India membentuk pakatan untuk menggulingkan Modi dalam pilihan raya umum 2024. - Bernama-Anadolu