Percubaan sistem PADU pada November - Rafizi

Iklan
Rafizi pada Buletin Bernama mengenai 'Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12): Rancangan Baharu Untuk Negara' di Wisma Bernama pada Sabtu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, setakat ini, proses pembangunan sistem PADU yang menggabungkan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah rakyat Malaysia berjalan lancar mengikut garis masa dirancang.

Iklan
Iklan

"Garis masa PADU dari segi kerangka, use case, interface dan functionality dijangka siap menjelang Oktober ini sebelum diuji pada November hingga Disember dengan data sekumpulan rakyat Malaysia didaftarkan dahulu.

Pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.

Iklan

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, keselamatan data sistem PADU yang sedang dibangunkan akan merangkumi 270 pangkalan data daripada kementerian dan agensi kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri dan badan berkanun melalui perjanjian perkongsian data sedia ada.

Beliau berkata, apabila Akta Omnibus diluluskan di Parlimen nanti, ia akan mengambil alih tata kelola perkongsian data sistem berkenaan, dan menggantikan perjanjian itu.

Iklan

Beliau berkata, Akta Omnibus yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jun tahun hadapan antara lain bertujuan memastikan keselamatan perkongsian data serta memudahkan proses perkongsian data dan menjamin PADU sebagai pangkalan data berterusan. - Bernama