PRK: Pimpinan Kerajaan Perpaduan ucap tahniah atas kejayaan PH

Iklan
Suhaizan (kiri) dan Nazri meraikan kemenangan pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Sabtu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jentera parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang bekerja keras memastikan kemenangan tersebut serta semua pengundi yang memilih calon daripada PH.

Iklan
Iklan

"Syukur Alhamdulillah".

"Terima kasih jentera dan pengundi P.161 Pulai dan N.13 Simpang Jeram," tulisnya di Facebook.

Iklan

Mohamad berkata, semua pihak perlu terus bekerja keras dalam membuktikan kesepaduan yang terjalin antara PH dan BN dapat membawa kemakmuran kepada negara.

"Terima kasih kepada seluruh petugas yang telah berusaha keras sejak dari awal kempen lagi. Terima kasih kepada rakyat Johor yang memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Iklan

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli pula berkata, kemenangan itu membuktikan rakyat lebih mementingkan pentadbiran dan kepimpinan cekap serta berkemahiran dengan mengundi calon yang dipertaruhkan Kerajaan Perpaduan.

"Mereka (rakyat Johor) memang daripada dulu sangat mementingkan dasar pembangunan dari segi prestasi dan kecekapan untuk mentadbir. Selain Lembah Klang dan Pulau Pinang, Johor merupakan satu lagi enjin pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Buletin Bernama terbitan Bernama TV di sini pada Sabtu.

Pada PRK hari ini, calon PH Suhaizan Kaiat dan Nazri Abdul Rahman, masing-masing memenangi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. - Bernama