Cabutan bertuah baucar Ramadan 2024

Iklan
Suasana di reruai SACC Convec Sdn Bhd yang dikunjungi oleh orang ramai.

SHAH ALAM - Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Convec Sdn Bhd) menawarkan baucar Ramadan 2024 bernilai RM200 kepada pengunjung yang menang dalam cabutan bertuah sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Pengurus Kanan Jualan dan Pemasarannya, Nur Hazirah Salleh berkata, tawaran terhad itu berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini.

Iklan
Iklan

Ujarnya, karnival tersebut menjadi platform kepada pengunjung untuk mengenali produk yang mereka tawarkan secara meluas.

Antara produk yang diperkenalkan termasuk SACC Convention Centre, Temu Jelatek Event Space, Restoran Terapung SACC Tasik Shah Alam dan juga Westside Coffee.

Iklan
Nur Hazirah

"Sambutan diterima sangat menggalakkan di ruang pameran kita dan mereka boleh sertai cabutan bertuah serta memenangi baucar Ramadan tahun 2024 untuk dua orang dengan harga lebih RM200.

"Setakat dua hari ini kami turut menerima tempahan terutama bagi majlis perkahwinan dan jamuan di Temu Jelatek Event Space dan Restoran Terapung SACC di Tasik Shah Alam.

Iklan

"Kita galakkan selepas membuat tempahan mereka boleh berkunjung ke tempat kami untuk melihat sendiri keadaan dewan atau ruangan yang mereka ingin gunakan nanti,” katanya kepada Sinar Ahad di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung tiga hari bermula 8 hingga 10 September menampilkan pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik kepada para pengunjung.

Mengulas lanjut, Nur Hazirah berkata, orang ramai yang hadir juga boleh menikmati beberapa manisan daripada jenama rangkaian mereka iaitu Westside Coffee dengan harga berpatutan.

Katanya, pengunjung boleh dapatkan kek premium dengan harga RM5 sahaja dan boleh menikmati makanan berkualiti tinggi jika singgah ke reruai SACC Convec Sdn Bhd.

"Selain itu kita turut menjual beberapa pencuci mulut khas daripada Westside Coffee seperti kek keju durian yang sering menerima permintaan tinggi kerana rasanya yang enak.

"Pada hari pertama kami diserbu oleh pengunjung untuk mereka rasai beberapa kek dan juga waffle yang kita datangkan khas dari restoran Westside Coffee,” katanya.