Swiss Image Switzerland dilancarkan di Malaysia

Iklan
Produk pembersih wajah Swiss Image Switzerland

KINI, kaum wanita di negara ini tidak sukar lagi untuk memiliki produk kecantikan antarabangsa Swiss Image Switzerland apabila jenama tersebut dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Produk pembersih wajah Swiss Image Switzerland

Berita baik itu telah dibawakan oleh wakil kecantikan Swiss Image International, Ambra Orsolini ketika majlis pelancaran secara eksklusif produk Swiss Image bersama Watsons Malaysia bertempat di Restoran Chalet Suisse, Kuala Lumpur.

Iklan

Menurut Ambra Orsolini, terdapat tiga variasi produk yang diperkenalkan iaitu set penjagaan asas, set pemutih dan set antipenuaan.

Koleksi produk Swiss Image Switzerland

Iklan

"Bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini bersifat semula jadi yang begitu berharga dan sangat berkualiti. Antaranya menggunakan Alpine Glacier Water yang diambil dari Alpen Swiss. Ia kaya dengan vitamin B3, antioksidan dan mineral semula jadi.

"Elemen Alpine Glacier Melt yang terkandung dalam produk ini juga membantu ia mudah menyerap ke dalam kulit. Justeru, saya berharap wanita Malaysia tidak melepaskan peluang mencuba produk Swiss Image Switzerland," katanya ketika ditemui di Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Perdagangan Watson, Thoren Tan; Pengarah Natural Options, Douglas Lee dan Duta Switzerland Malaysia, Micheal Winzap.

Produk Swiss Image boleh didapati eksklusif di Watson bermula pada harga RM30 hingga RM60.

Di bahagian tengah memegang bunga Ambra Orsolini bersama tetamu lain iaitu Pengarah Perdagangan Watson, Thoren Tan, Pengarah Natural Options, Douglas Lee dan Duta Switzerland Malaysia, Micheal Winzap, hadir ketika majlis pelancaran produk Swiss Image