Jepun tundukkan Jerman 4-1

Iklan
Jepun menampilkan persembahan cemerlang untuk menundukkan Jerman. FOTO: AFP

PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu gembira dengan kejayaan pasukannya menundukkan Jerman 4-1 di Volkswagen Arena pada awal pagi Ahad.

Pasukan Samurai Biru itu menjaringkan dua gol pada setiap separuh masa untuk menewaskan pasukan tuan rumah sekali gus memberikan tamparan besar kepada pengendali Jerman Hansi Flick menjelang saingan Euro 2024.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu mengulangi kejayaan Jepun menewaskan Jerman dan menyingkirkan pasukan itu di peringkat kumpulan pada Piala Dunia di Qaya tahun lalu.

"Kita bukan sahaja perlu mengucapkan tahniah kepada diri sendiri, tetapi kita perlu terus meningkatkan prestasi pasukan.

Iklan

"Terdapat banyak pasukan dan banyak cabaran, jadi dalam keadaan ini kami perlu bekerja lebih keras," katanya.

Menurut Moriyasu, kemenangan itu juga memberikan petanda positif menjelang Piala Asia tahun depan, namun percaya masih banyak yang perlu diperbaiki para pemainnya.

Iklan

"Kami memberi banyak tekanan kepada Jerman tetapi kami perlu terus bertambah baik.

"Kami perlu lebih kompak, semua orang mesti bertahan, semua orang perlu menyerang dan kami perlu bertindak balas secara dinamik," katanya.

Juara empat kali Piala Asia itu kini telah memenangi tiga perlawanan berturut-turut menjelang kejohanan itu yang akan bermula pada Januari di Qatar.