UiTM United mara separuh akhir Piala AFL Al-Ikhsan 2023

Iklan
UiTM United FC mengesahkan slot separuh akhir Kejuaraan Piala AFL Al-Ikhsan 2023 selepas menewaskan Bunga Raya FC, 2-1 di Padang Arena IRC Sendayan, Negeri Sembilan.

UITM United FC mengesahkan slot separuh akhir Kejuaraan Piala AFL Al-Ikhsan 2023 selepas menewaskan Bunga Raya FC, 2-1 di Padang Arena IRC Sendayan, Negeri Sembilan.

Aksi separuh masa pertama suku akhir kedua-dua pasukan menampilkan persembahan terpuji, namun deretan percubaan gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan menyaksikan menuju ke bilik persalinan terikat 0-0.

Iklan
Iklan

Separuh masa kedua Bunga Raya FC tampil agresif mendahului pasukan hasil jaringan S Thipanraj pada minit ke-52.

Namun kedudukan itu tidak kekal apabila The Lions Roars menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Asyraaf Rifqi pada minit pada minit ke-57.

Iklan

Gol tonik meningkatkan semangat para pemain UiTM untuk menggandakan asakan yang akhirnya Muhammad Mirza Malik muncul wira pasukan dengan jaringan minit ke-80.

Kemenangan itu membolehkan UiTM berdepan pasukan dari Sarawak, Machan FC dalam separuh akhir pada 29 September ini.

Iklan

Machan FC mengesahkan kemaraan selepas menewaskan WTS FC menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas terikat 1-1 dalam perlawanan 90 minit.

Dalam pada itu, pengendali UiTM United, Mohd Yazli Yahya berpuas hati apabila segala perancangan taktikal diterjemahkan para pemainnya dalam perlawanan tersebut.

"Alhamdulillah, semua pemain telah menunjukkan prestasi yang cukup luar biasa terutamanya pada separuh masa kedua.

"Karakter dipamerkan para pemain dalam perlawanan ini membuktikan pasukan ini memiliki mentaliti juara,” katanya.