Penggantungan Van Dijk jadi pengajaran

Iklan
VIRGIL VAN DIJK

KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk mendapat pengajaran berguna selepas menerima penggantungan tambahan satu perlawanan dan denda £100,000 (RM583,000) selepas reaksi marah kepada pengadil yang melayangkan kad merah kepadanya ketika menentang Newcastle.

Pemain pertahanan Belanda itu mengakui bertindak dengan cara yang tidak wajar selepas dibuang padang kerana mengasari pemain Newcastle, Alexander Isak pada separuh masa pertama dalam kemenangan 2-1 Liverpool di St James’ Park pada Ogos.

Iklan
Iklan

Van Dijk yang berang merasakan terjahan itu tidak layak untuk menerima kad merah dan dia pada mulanya enggan meninggalkan padang sebelum bertengkar dengan pengadil John Brooks.

Penggantungan automatik satu perlawanan menyaksikan Van Dijk digantung ketika kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa sebelum rehat antarabangsa.

Iklan

Dia juga menerima penggantungan tambahan menyebabkan dia tidak dapat menyertai The Reds ke Wolves pada 16 September.

"Ia merupakan satu pengajaran yang sukar dan mahal. Saya tidak boleh bercakap lebih lanjut mengenainya.

Iklan

"Saya telah menerimanya dan saya gembira kerana ada penghujungnya,” kata Van Dijk semasa sidang media pra-perlawanan menjelang perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Republik Ireland di Dublin pada Ahad.