Walker selamatkan maruah England

Iklan
Walker (kanan) meledak gol penyamaan ketika membantu England mengikat Ukraine 1-1 dalam aksi kelayakan Euro 2024 di Wroclaw, Poland pada Ahad. - Foto EPA

PEMAIN sensasi, Kyle Walker menyelamatkan maruah England apabila menyumbat gol penyamaan ketika mengikat Ukraine 1-1 dalam aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi Ahad.

Lebih manis ledakan itu adalah yang pertama buat Walker di pentas antarabangsa meskipun dia antara pemain yang membuat penampilan tertinggi sebanyak 77 kali bersama The Three Lions.

Iklan
Iklan

Pertahanan Manchester City itu berasa amat lega dapat mencetak gol sulungnya dan membantu England daripada kekalahan dalam aksi Kumpulan C tersebut.

"Sangat melegakan. Selepas mewakili negara sebanyak ini, memang saya memikirkannya (gol) akhirnya tercapai," ujar Walker.

Iklan

Menerusi keputusan itu, skuad kendalian Gareth Southgate mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi lima perlawanan dan kekal di landasan terbaik untuk mara ke Euro di Jerman tahun depan.

Dalam pada itu Southgate menganggap kunjungan ke Wroclaw, Poland itu bukan sesuatu yang mudah ketika ribuan penyokong Ukraine membanjiri venue perlawanan tersebut.

Iklan

"Tempat yang sukar untuk dikunjungi. Anda dapat rasakan suasananya, sesuatu yang unik. Anda menguasai permainan dan mahu mencipta peluang tetapi serangan tidak menjadi.

"Apa yang penting memastikan anda tidak kalah. Pulang dengan satu mata juga penting,” kata Southgate.