Roti canai dinobatkan roti terbaik di dunia

Iklan
Roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas.

SHAH ALAM - Roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi, Instagram milik Tasteatlas pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menerusi carta berkenaan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.

Roti canai duduki tempat pertama menerusi carta 50 roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas.
Iklan

Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India.

Iklan

Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.