Sanggup angkat motosikal lintas 'divider' elak sekatan polis

Iklan
Langkap layar penunggang motosikal yang menangkap motosikal melepasi penghadang di jalan LPT tular di Facebook pada Ahad.

KUANTAN - Sekumpulan penunggang sanggup mengangkat motosikal secara bergilir-gilir bagi melepasi pembahagi jalan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini pada Ahad.

Video berdurasi 10 saat itu tular di laman sosial Facebook selepas dimuat naik pemilik akuan Facebook Triple Z Motorsports kira-kira lima jam lalu.

Iklan
Iklan

Lebih 40,000 pengguna menonton rakaman video terbabit dan 330 telah berkongsi serta hampir 253 lagi pengguna Facebook meninggalkan komen melalui hantaran tersebut.

Difahamkan, kumpulan tersebut merupakan sebahagian penunggang yang menyertai Himpunan RXZ Members 5.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, pada Sabtu.

Iklan

Menerusi perkongsian terbabit, kelihatan puluhan penunggang terpaksa mengangkat jentera masing-masing dan mereka dikatakan melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang diadakan berdekatan R&R Gambang.

"R&R Gambang tengah rancak ‘berperang’, tak complete (lengkap) cari la laluan alternatif lain atau balik pada masa yang selamat.

Iklan

"Tak sanggup tengok kawan-kawan lari sana sini angkat motor membahayakan diri ‘cross wrong way’, utamakan keselamatan,” demikian menurut hantaran tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan lokasi tepat klip video tersebut dirakam.

Berikutan perkongsian terbabit, pengguna turut meninggalkan pelbagai komen antaranya"Depan sikit ada jalan ikut tepi masuk hutan sikit boleh tembus jalan lama Gambang, Maran," tulis Badrul Hisyam.

Sementara itu, Nik Irsham pula meninggalkan komen"Motosikal nak join konvoi buat standard balik. Baru tidak huru-hara atas jalan. Jalan raya bukan ada motosikal sahaja, kereta, lori bas semua ada. Bahaya di mana sahaja.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali Asnizam Zakaria"Adat main motor, semoga dipermudahkan urusan," katanya.