LPT1 aktifkan laluan kontra ekoran jalan mendap

Iklan
Laluan kontra yang diaktifkan susulan penutupan lorong kiri dan kecemasan dari KM 116.5 hingga 119.4 arah barat LPT1 akibat jalan mendap pada Ahad.

KUANTAN - Laluan kontra dari Kilometer (KM) 116.5 hingga 119.4 arah barat Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) telah diaktifkan susulan kejadian jalan mendap di KM 118.2 - KM117.8 arah barat (Lanchang) pada Ahad.

Anih Berhad melalui Facebook rasminya memaklumkan, lorong kiri dan kecemasan di sepanjang laluan terbabit kini ditutup susulan kejadian terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut pengendali lebuh raya itu, kejadian jalan mendap terbabit dikesan awal pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Bagaimanapun pihaknya memaklumkan keadaan trafik lancar di lokasi terbabit, namun pemandu dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mematuhi papan tanda serta arahan petugas.

Iklan
Iklan