Ramai wanita sertai Persatuan Silat Cekak Hanafi

Iklan
Narimah

SHAH ALAM - Ramai wanita menyertai Persatuan Silat Cekak Hanafi untuk mempelajari teknik asas membela diri berikutan menerima ancaman dan gangguan seksual.

Jurulatih wanitanya, Narimah Abdul Malik berkata, dia sendiri menyertai persatuan itu pada mulanya kerana mahu mempelajari teknik asas kerana khuatir akan ancaman dan gangguan seksual disebabkan dirinya tinggal di kawasan Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Tempoh untuk pelajari seni pertahanan diri adalah paling minimum selama enam bulan, jadi agak mudah untuk kita membuat serangan balas jika ada kemalangan atau kes ragut yang boleh membahayakan diri sendiri,” ujarnya kepada Sinar Harian selepas membuat persembahan pada Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Keahlian persatuan itu terbuka kepada mereka yang beragama Islam dan berumur dari 13 tahun ke atas.

Iklan
Norhaiby berkongsi tip seni mempertahankan diri kepada pengunjung Karnival Pendidikan Sinar Bestari. - Foto Qurratul'aina Quddus

Setiausaha Lembaga Pelajaran Tatatertib Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, Norhaiby Md Shariff terdahulu berkongsi tentang penyediaan diri jika berdepan dengan serangan. Antaranya ialah jangan panik, cari peluang, gunakan senjata yang sedia ada pada diri sendiri dan tujukan serangan ke tempat lemah manusia.

Semasa sesi tersebut, Norhaiby menjelaskan bahawa tempat-tempat lemah manusia ialah pada muka, leher, ulu hati dan bawah perut serta serangan perlu dilakukan tanpa rasa panik.

Iklan

Beliau juga menunjukkan beberapa pergerakan asas yang boleh digunakan kaum wanita sebagai cara membela diri jika diragut ketika berjalan seorang diri.